Tuesday, 22 September 2020

Kulit Wajah Kering Dan Cara Rawatan

 Kulit biasanya akan menghasilkan minyak dipanggil sebum. Bila kulit menghasilkan terlalu banyak minyak, ini menyebabkan jerawat mulai tumbuh.



 Bagaimanapun, sebum pada kulit penting untuk mengekalkan kelembapan dan menjaga sel dari jangkitan.

Kulit yang tidak menghasilkan sebum yang mencukupi akan menyebabkan kulit menjadi kering.

Antara sebab-sebab kulit menjadi kering adalah:

1. Cuaca yang sejuk

2. Udara yang kering.

3. Terlalu kerap mencuci muka

4. pH kulit yang tidak seimbang

5. Merokok

6. Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari.

7. Hypothyroidism

8. Keadaan kulit seperti psoriasis, dermatitis & seborrheic.

Cara Merawat Kulit Kering.

1. Penggunaan moisturizer

Sesetengah pelembap atau produk penjagaan muka mengandungi agen pengering yang menjadikan kulit kering semakin teruk. Elakkan daripada produk yang mengandungi;

  • Alkohol
  • Pewangi atau pewarna
  • Dioxane
  • Petroleum @ petrolatum

2. Penggunaan Pencuci Muka

Sabun yang mengandungi wangian, warna dan bahan kimia lain boleh mengeringkan kulit.

Secara umum, lebih baik pilih produk yang ringan, bebas pewangi, dan elakkan produk yang mengandungi alkohol, warna dan plastik seperti SLS( Sodium Laurate Sulfate), Parabens dan Yang berasal dari minyak mineral seperti Petroleum dan Paraffin.

Cadangan Moisturizer & Pencuci Muka

Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan nutrient botani  melembapkan kulit dan menambahbaikan penampilan kulit secara menyeluruh.


Bebaskan kulit dari sel-sel kusam dan ejen pencemar. Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal untuk kulit yang berseri.

Keistimewaan Youth ini juga adalah bebas daripada 1500 bahan kimia.

Antara tips pencegahan yang boleh anda lakukan supaya kulit tidak kering ialah;
  • Menggunakan air suam dan bukannya air panas ketika mandi atau mencuci muka
  • Minum air secukupnya
  • Hadkan pengambilan kafein
  • Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari.
Itu sahaja perkongsian Yuzi. Semoga entri Yuzi bermanfaat untuk anda. Terima kasih sudi jenguk blog ini.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk Youth boleh hubungi Yuzi di
Fb: Mayuzi Ishak

Thursday, 6 February 2020

Doa Dijauhkan Dari Wabak Penyakit


Bilangan kes setakat Hari ini, 6hb Feb 2020

Tahun baru 2020 dimulai dengan penularan wabak penyakit baru iaitu dipanggil Virus Corona. 



Antara simptom utama penyakit ini adalah demam, batuk dan kesukaran bernafas

Tiada ubat mahupun vaksin untuk penyakit ini tetapi setiap yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Semestinya terdapat hikmah atas tiap- tiap sesuatu kejadian.

Jadi setiap Muslim, kebergantungan kita hanyalah pada  Allah SWT. Di samping  kita berusaha mengamalkan langkah pencegahan dari wabak ini, berdoalah kepada Allah SWT supaya kita semua umat Islam terhindar dari wabak ini.

 Doa yang boleh diamalkan adalah;



        

Semoga bermanfaat untuk semua

NORMAYUZI BT ISHAK
PENGEDAR SHAKLEE
ID: 1304089

Whatsapp http://www.wasap.my/60142006726

Wednesday, 5 February 2020

Set Resdung Shaklee


Radang Sinus (Resdung)

Apa itu Sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Radang Sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
  • Radang Sinus Akut
  • Radang Sinus Kronik
Apakah Agen Penyebab Radang Sinus?

Radang Sinus disebabkan oleh:
  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat
Agen penyebab lain;
  • Alahan
  • Iritasi Kimia
  • Ketumbuhan dalam hidung (polyp)
Tanda dan Gejala Radang Sinus
  • Hidung Tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat
  • Selesema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam
Rawatan


Alfalfa


Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung. Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi, gegata(hives) dan resdung.

B Complex


Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. B6 juga bertindak sebagai anti stres. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan dibahagian muka. Juga membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C


Berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan terhadap serangan penyakit. Bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh, Vitamin C memastikan proses pemulihan metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Garlic



Garlic yang berfungsi sebagai antibiotik dan antibakteria semulajadi terbaik yang mengurangkan selesema.

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh WhatsApp Yuzi ye.

NORMAYUZI BT ISHAK
PENGEDAR SHAKLEE
ID: 1304089
Whatsapp http://www.wasap.my/60142006726

Corona Virus Dan Langkah Pencegahan

Situasi panik melanda Malaysia apabila terdapat kes positif wabak corona virus dinegara ini. Belum pun reda virus influenza, wabak baru pula datang.

Apa itu Virus Corona?


Virus corona (CoV) adalah keluarga besar virus yang menyebabkan prnyakit yang lebih parah seperti Middle East Respiratory Syndrome ( MERS-CoV) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS-CoV). Sebahagian besar virus corona adalah virus yang tidak berbahaya.

Virus Corona adalah virus zoonosis maksudnya virus ini disebarkan melalui haiwan dan manusia.

Simptom Virus Corona

Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom demam, batuk dan sesak nafas.

Pesakit akan mengambil masa 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut.

Adakah ubat atau vaksin untuk menangani Corona Virus?

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly  Ahmad, tidak ada ubat atau vaksin untuk virus baru itu.

Jadi, langkah pencegahan adalah sangat penting untuk dititikberatkan supaya kita sentiasa terhindar dari wabak ini.

Langkah Pencegahan


Langkah pencegahan yang dicadangkan Kementerian Kesihatan ( KKM) kepada orang ramai adalah;

1. Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan ( hand sanitizer).

2. Elakkan mengunjungi tempat berlakunya wabak ini. Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hiding ( mask ) serta bahan pencuci tangan.

Elakkan Dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai Dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

3. Segera mendapatkan rawatan perubahan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala seperti demam, batuk, atau sukar bernafas dalam tempoh 14hari selepas pulang dari lawatan ke negara terlibat.

NORMAYUZI BT ISHAK
PENGEDAR SHAKLEE
ID: 1304089
Whatsapp http://www.wasap.my/60142006726

Sunday, 24 November 2019

Resdung Pulih Dengan Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum, semoga yang membaca ni dalam kedaan sihat dan terima kasih kerana sudi klik di entri Yuzi ni.

Kali ni Yuzi nak berkongsi masalah Yuzi sendiri iaitu berkenaan dengan resdung. Pertama kali Yuzi mendapat masalah resdung  ni masa Yuzi belajar di Universiti dalam tahun 2007. Masa tu memang Yuzi kerap makan seafood.

Mula2 tu telinga Yuzi bengkak dan bernanah dan sering sakit kepala.Masa tu tak tahu pun yang ni adalah tanda-tanda resdung. Yuzi check klinik dan doktor bagi ubat macam biasa. 2 3 hari dah ok. Tapi masalah bengkak dan bernanah telinga ni kerap berulang. Boleh dikatakan 3 bulan sekali dia datang lagi. Apalagi kalau makan seafood lagi cepat la dia bengkak telinga. Rasa bengang telinga, berdengung, berdenyut semua ada. Bila nanah dah tutup lubang telinga, apa orang sekeliiling cakap dah tak dengar.
Terpaksalah pantang banyak makanan seperti makanan laut, telur, ikan bilis dan macam2 lagi..

Memang kerap la pergi klinik ambil ubat.

Nak jadi serius, Yuzi sering sakit kepala, masa tu pregnant tambah lagi alahan. Sakit kepala bila kita tunduk rasa berdenyut2. Bila tak tahan sangat sakit kepala, pergila emergency. Doctor tahan sekejap dekat emergency, masuk air sekali dengan ubat resdung. Masa tu tak berani ambil ubat apa2 sebelum pergi emergency sebab tengah pregnant kan.

Sampaila jumpa produk shaklee. Masa tu ambil produk shaklee bukan untuk rawat resdung tapi sebab masalah hb low.

Bila makan vitamin ni makan seafood, dah ok xde dah nak bernanah telinga, gatal2 pun dh kurang.

So yuzi continue lagi sampai sekarang ambil vitamin ni. Boleh dikatakan dalam setahun amalkan vitamin ni, sakit kepala pun dah kurang. Biasa kalau makan seafood je, terus gatal sakit kepala. Sekarang dah ok.

Yuzi sangat recommend kalau korang ada masalah yang sama macam yuzi, bolehla try vitamin ni.

Jangan segan silu nak whatsapp Yuzi ok.


Klik kat sini untuk baca Set Resdung 


NORMAYUZI BT ISHAK
PENGEDAR SHAKLEE
ID: 1304089
Whatsapp http://www.wasap.my/60142177994

Thursday, 19 September 2019

Kelebihan Mealshake Shaklee

Assalamualaikum, selamat datang ke blog Yuzi. Kali ni Yuzi nak bagitahu kelebihan Mealshake yang mana telah membantu masalah sembelit anak Yuzi.


Selain ia dapat mengatasi masalah sembelit, ianya mempunyai banyak kelebihan antaranya;
  • Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengab vitamin larut lemak.
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku rambut, organ, darah, imun dan lain2.
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel- sel untuk proses membesar.
  • Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberikan kompleksi wajah yang cantik.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
Keistimewaan Mealshake Shaklee

Mealshake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat dari bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan terbaikdan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Siapa yang Sesuai Ambil Mealshake?



  • Mealshake dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau yang selalu mengambil makanan segera.
Itu sahaja perkongsian Yuzi. Terima kasih sudi menjengah blog Yuzi.
Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh Whatsapp Yuzi ye.

Normayuzi binti Ishak
0142177994
Shaklee ID: 1304089
Fb: Mayuzi Ishak

Testimoni: Vita C Shaklee Percepatkan Penyembuhan Luka Czer


Assalamualaikum, entri kali ni Yuzi nak berkongsi pengalaman seorang yang telah mengguna produk Shaklee dan bagaimana produk Shaklee telah membantu masalah beliau.


Puan Noraini ni kakak Yuzi sendiri yang mana dia telah menjalani pembedahan pada April 2019 yang lalu disebabkan oleh kandungan luar rahim. Apa yang beliau alami selepas pembedahan tersebut adalah masalah untuk bangun dan berjalan disebabkan oleh bengkak di tempat pembedahan tersebut. Maklumlah bila menjalani pembedahan, kita perlu sangat berhati-hati supaya luka tersebut tidak terbuka dan bernanah.

Selepas pembedahan itu juga, beliau merasa sakit di tempat luka tersebut, rasa berdenyut-denyut. Risau takut luka lambah sembuh, beliau mengambil keputusan untuk mengambil Vitamin C Shaklee supaya luka cepat sembuh. Ternyata menurutnya, apabila start mengambil Vitamin C Shaklee, bila bangun dari tidur, rasa bengkak dah kurang dan rasa mudah untuk berjalan.

Dalam masa 18 hari, luka pembedahan mulai sembuh, takde berair dan bernanah. Doktor pun terkejut dengan perubahan tersebut. Luka cepat sembuh dan kering. Alhamdulillah, produk Shaklee boleh membantu masalah Puan Noraini.
Sekarang, beliau adalah pengguna setia produk Shaklee.

Itu sahaja perkongsian Yuzi kali ni. Semoga bermanfaat. Bagi yang nak tahu berkenaan Viamin C Shaklee boleh hubungi Yuzi di 0142006726.


Normayuzi binti Ishak
0142006726
Shaklee ID: 1304089
Fb: Mayuzi Ishak

Sunday, 15 September 2019

Cara Atasi Sembelit Anak dengan Mudah - Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum, entri kali ni Yuzi nak kongsi pengalaman dimana anak Yuzi sendiri mengalami masalah sembelit dan bagaimana Mealshake telah membantu menyelesaikan masalah sembelit anak Yuzi.

Anak Yuzi, Aneesa berumur 5 tahun. Sejak dari bayi lagi Aneesa memang mengalami masalah sembelit tapi kadang-kadang je berlaku.

Sejak meningkat dewasa, masa umur 4 tahun dia kerap mengadu sakit perut. Yuzi perasan kalau dia mengadu sakit perut tandanya dia tak buang air besar dalam 2 hari. Selalu menangis masa sakit perut tu.

Masa tahun lepas, sakit perut dia menjadi-jadi pulak. Kerap menangis mengadu sakit perut, bila dah buang air besar lepas tu dah ok... tapi kerap berulang masalah sama.

Masa tu cuba bagi dia makan banyak buah, tapi anak-anak biasala memilih sikit. Sayur memang taknak makan langsung.

Ni time pergi emergency pukul 12 malam

Ada sekali pukul 12 malam, mengadu sakit perut sangat sampai Yuzi bawa dia pergi Emergency. Doctor bagitahu takde apa2 masalah cuma perut banyak angin dan mungkin najis tu keras jadi perut jadi sakit.

Sebelum ni pernah xray perut takut2 ada masalah lain tapi memang perut Aneesa penuh dengan najis dan doctor bagitahu najis banyak berkumpul hingga ke atas usus.

Start daripada situla Yuzi cuba bagi Aneesa Mealshake ni. Minum dalam 2 hari terus dia boleh buang air besar. Lepas tu dah jarang sangat dia mengadu sakit perut.

Sekarang dah takde lagi masalah sembelit. Alhamdulillah Mealshake bantu masalah anak Yuzi.



Bila ambil Mealshake ni, selera makan Aneesa pun makin bertambah. Kalau dulu, nak suruh makan pun bukan main susah. Rasa dia pun sedap, Aneesa suka.

Ok, itu sahaja perkongsian Yuzi. Terima kasih sudi jengah blog Yuzi.

Kalau ada sahabat yang nak cuba Mealshake ni boleh je whatsapp Yuzi di 0142177994. 

Klik sini kalau nak tahu pasal Mealshake ok.

Wednesday, 11 September 2019

Tanda - Tanda Sistem Imun Anda Lemah


  



Sistem Kekebalan Tubuh boleh dikukuhkan dengan Nutriferon Shaklee. Formulasi Eksklusif yang telah dipatenkan dan tidak terdapat dimana-mana kedai. Hanya boleh didapati melalui pengedar Shaklee sahaja.


Apa sebenarnya Nutriferon ni? Klik untuk baca lanjut mengenai Kebaikan Nutriferon

Jadi anda dah tahu kebaikan Nutriferon? Nak dapatkan Nutriferon
Boleh dapatkan dengan yuzi dengan menghubungi nombor di bawah.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh Whatsapp Yuzi di 0142177994
FB: Mayuzi Ishak
Shaklee ID: 1304089

Tuesday, 10 September 2019

Nutriferon Kukuhkan Sistem Imun


Apa itu Nutriferon?


Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh.

Manfaat utama Nutriferon
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T cells, B cells dan makrofag.
  • Melawan kanser dan tumor. Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
  • Melindungi dari Influenza. Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan stres dan kelesuan. Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stres, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan. Formula unik nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel -sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C. Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopaus. Hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS. Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan 'mood swing'.


4 Ekstrak Tumbuhan yang terdapat dalam Nutriferon adalah;

Biji Labu
Merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh dan menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.

Biji Plantago Asiatica
Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.

Honeysuckle Jepun
Menentang pencerobohan virus dan kuman.

Bunga Safflower
Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofag memusnahkan virus dan kuman.

Siapa yang perlu mengambil Nutriferon?
  • Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan sistem imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan.
  • Individu yang proaktif didalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara.
  • Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum.
  • Individu yang diet mereka tidak optimum
  • Individu yang sering tertekan.
  • Individu yang gaya hidup kurang aktif.
  • Bayi yang menyusu susu ibu(ibu yang ambil).
  • Kanak2 yang berumur 1-12 tahun boleh ambil ikut dos yang disarankan (sedikit nutriferon anggaran hujung sudu kecil dan dicampur dengan air

Kenapa Perlu Memilih Nutriferon Shaklee?


Nutriferon adalah satu formula ekslusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui pengedar Shaklee yang berdaftar.


TESTIMONI




Pertanyaan/ Tempahan

Whatsapp Yuzi | 0142177994
FB: Mayuzi Ishak

Friday, 6 September 2019

4 Langkah Untuk Jantung Sihat



Penyakit Jantung kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat Malaysia bagi tempoh 13 tahun iaitu dari 2005 hingga 2017.

Penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, obesiti, pemakanan dan gaya hidup tidak sihat menyumbang kepada penyakit jantung.

Purata umur rakyat negara ini yang mendapat penyakit jantung adalah pada usia 58 tahun iaitu lebih muda berbanding rakyat negara lain.

Jadi, marilah kita amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa menjaga jantung kita supaya kekal sihat dan tidak menjadi penyumbang kepada statistik yang membimbangkan ini.

Disini, yuzi kongsikan 4 langkah mudah untuk anda menjaga jantung anda.



Phytocol St ( Pencegahan)


Phytocol St membantu menyerap kolestrol dari makanan  dan membantu mengekalkan tekanan darah normal.

Omega Guard ( Penurunan)


Omega Guard mampu bertindak balas dalam salur darah dalam menyerap kolestrol LDL atau kolestrol jahat yang berlebihan dan mengawal tahap kolestrol baik.

Coq Trol Plus ( Menguatkan)


Coq trol menguatkan fungsi otot jantung, memperbaiki pengaliran darah dan memelihara jantung yang sihat.

Vivix ( Perlindungan)


Vivix membantu melindungi sel dari penuaan atau kerosakan. Ia juga menjaga kesihatan salur darah dan meningkatkan kecergasan.


Sebarang pertanyaan berkenaan produk di atas bolehlah hubungi Yuzi dengan Whatsapp
di no 0142177994

YUZI| Shaklee ID:1304089
Pengedar Shaklee Kelantan/ Malaysia


Sayangi Jantung Anda


Tuesday, 3 September 2019

Vitamin Untuk Jantung



Tahukah anda jantung kita berdegup 100,000 kali setiap hari?

Jantung mengepam hampir 2,000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh anda setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras didalam tubuh anda dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memberikan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap. Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10). Ia membantu kesihatan salur darah dan dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud didalam semua sel.

Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10 akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10mg sehari.


Faktor seperti diet tidak seimbang, usia dan pendedahan harian kepada radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini.

COQ TROL PLUS 


CoQ10 juga telah dibuktikan dapat:

  • Membantu meningkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung dan menambah kekuatan mengepamnya. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan episod serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung.

  • Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL.

  • Mengurangkan tekanan darah semulajadi tanpa kesan sampingan. Tindakan CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolestrol 'jahat' dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah
Dalam Coq trol terdapat resveratrol dimana peranan resveratrol ialah melindungi tubuh daripada kerosakan yang boleh menyebabkan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kanser dan jantung kerana sifat antioksidanya.

Sifat antioksida juga menjadikan ia sesuai sebagai produk anti penuaan dan kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan mengurangkan kolestrol jahat.

Selain itu, ia bertindak sebagai antikanser dengan mengawal penyebaran sel kanser.

Tokoferol atau Vitamin E yang terdapat dalam Coq trol membantu mengurangkan risiko katarak, kanser, jantung dan penyakit kardiovaskular. Ia juga membantu meningkatkan metabolisma dan sistem imun serta meningkatkan daya tahan kepada penyakit.

Vitamin E juga membantu meningkatkan kesuburan dan kecergasan. Sekiranya diamalkan ia dapat menjaga salur darah kita. Salur darah yang luka boleh menyebabkan berlaku pengumpulan plak sekaligus berisiko menghidap strok.


Sayangilah Jantung Anda


BACA 4 LANGKAH JANTUNG SIHAT


Pertanyaan atau Tempahan
Whatsapp Yuzi | http://www.wasap.my/60142177994
Shaklee ID : 1304089

Friday, 9 August 2019

Makanan Baik Untuk Jantung


Penyakit jantung menyumbang hampir satu pertiga daripada semua kematian di seluruh dunia.

Diet memainkan peranan utama dalam kesihatan jantung dan boleh memberi kesan kepada risiko penyakit jantung anda.

Malah makanan tertentu boleh mempengaruhi tekanan darah, trigliserida, tahap kolestrol dan keradangan yang semuanya adalah faktor risiko penyakit jantung.

Dibawah antara makanan untuk memaksimumkan kesihatan jantung anda.


Ikan


Antara pilihan ikan yang paling baik adalah ikan salmon. Ikan adalah sumber asid lemak Omega 3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah.
Lemak dalam ikan juga membantu mengekalkan paras kolestrol pada kadar yang sihat.
Selain Salmon pilihan lain termasuk Tuna dan Sardin dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Oat


Bijirin Oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolestrol termasuk kolestrol LDL.
Serat boleh larut ini juga boleh membantu sistem penghadaman kekal sihat.

Epal


Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat malah enak dijadikan snek ringan.

Sayuran Berdaun Hijau


Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi bukan sahaja mengandungi Vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila berusia. Sayuran hijau kaya dengan mineral yang mampu melindungi jantung daripada masalah kesihatan.

Kentang


Kentang kaya dengan kalium yang boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga kaya dengan serat dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tomato



Seperti kentang, tomato mempunyai kalium yang tinggi untuk jantung yang sihat. Ia mengandungi lycopene dimana Lycopene adalah karotenoid yang boleh membantu menyingkirkan kolestrol 'jahat' dan lebih rendah risiko serangan jantung.

Delima




Baik untuk paru-paru dan jantung kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Dapat melambatkan pertumbuhan tumor pada paru-paru dan mencegah kanser.

Pisang


Pisang pun dikatakan antara yang sesuai kerana mengandungi pottasium dan dapat menjaga organ jantung. Pottasium bertindak menurunkan tekanan darah dan mencegah darah tinggi.

Beri


Strawbery, blueberry atau raspbery mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mencegah penyakit jantung dan paru-paru. Dapat menjaga sistem imun dalam tubuh badan dan memberi lebih kesihatan.

Anda juga boleh mengamalkan suplemen sebagai tambahan untuk penjagaan jantung anda. Baca VITAMIN UNTUK JANTUNG


Pertanyaan atau Tempahan
Whatsapp Yuzi | 0142177994
Shaklee ID : 1304089