Apa itu Senggugut?
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Terdapat 2 jenis Senggugut iaitu;
1.
Senggugut Primer
Senggugut ini berlaku kepada kebanyakan
remaja perempuan tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Boleh juga berlaku pada
wanita yang masih subur.
2.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan
wanita yang lebih berumur dan masih subur. Antara sebab-sebab ialah;
- Penyakit Endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5%-15% wanita yang mempunyai haid.
- Cyst Ovari dan Tumor
- Fibroid (Kebengkakan pada rahim)
- Jangkitan pada rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur ( Penyakit radang pelvis)
- Kongenital
- Alat pencegah kehamilan dlam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tanda atau Gejala Senggugut
Gejala utama adalah sakit. Ia berlaku di abdomen bawah semasa haid dan juga boelh dirasai oleh pinggul, punggung bawah atau peha anda. Gejala lain mungkin termasuk loya, muntah, cirit birit ringan, sakit kepala atau keletihan.
Bagi kebanyakan wanita, sakit bermula tidak lama sebelum tempoh haid mereka dan puncaknya selepas 24 jam selepas permulaan pendarahan dan berakhir selepas 2 hingga 3 hari.
Gejala bagi senggugut sekunder biasanya bermula lebih awal dalam kitaran haid dan berlaku lebih lama.
Buat Diagnosis
Sekiranya anda
mengalami kesakitan untuk tempoh yang lama, buatlah pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui sama ada anda mempunyai
masalah senggugut sekunder.
Cara Semulajadi Hilangkan Senggugut
Antara cara yang boleh anda amalkan ialah;
1.
Jaga diet dan pemakanan anda
Berhenti makan makanan dengan lemak tepu tinggi. Contoh daging lembu, kambing dan produk tenusu.
Elakkan juga pengambilan garam, karbohidrat dan makanan berkafein. Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim.
Banyakkan makan buah dan sayuran.
2.
Air Teh dan air suam
Air suam dapat memberi kelegaan pada otot rahim yang kejang. Air suam juga membuang toksin dalam badan dan melancarkan peredaran darah.
Teh juga bagus untuk melegakan kesakitan. Cuba minum teh hijau atau teh pahit tanpa gula. Teh hijau tinggi dengan
fenolat yang boleh menghalang kesakitan senggugut.
3.
Bertuam
Dengan tuaman panas, otot-otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi lebih relaks.
4.
Senaman rutin
Senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi.
5.
Vitamin & Suplemen
Satu lagi cara untuk merawat senggugut adalah ambil
Vitamin B1 dan
Minyak Ikan.
Vitamin B6 yang terdapat dalam
ubi kentang, pisang, ikan dan ayam juga dikatakan mampu
melegakan tekanan emosi, kembung perut dan emosi.
Kalsium dan magnesium pula dapat
mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.
Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
Nak
OSTEMATRIX dengan harga promosi?
Klik sini
Pertanyaan
Sid Yuzi ( 1304089 )
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
Sumber: www.myhealth.gov.my, medbroadcast.com, https://my.theasianparent.com