Friday, 9 August 2019

Makanan Baik Untuk Jantung


Penyakit jantung menyumbang hampir satu pertiga daripada semua kematian di seluruh dunia.

Diet memainkan peranan utama dalam kesihatan jantung dan boleh memberi kesan kepada risiko penyakit jantung anda.

Malah makanan tertentu boleh mempengaruhi tekanan darah, trigliserida, tahap kolestrol dan keradangan yang semuanya adalah faktor risiko penyakit jantung.

Dibawah antara makanan untuk memaksimumkan kesihatan jantung anda.


Ikan


Antara pilihan ikan yang paling baik adalah ikan salmon. Ikan adalah sumber asid lemak Omega 3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah.
Lemak dalam ikan juga membantu mengekalkan paras kolestrol pada kadar yang sihat.
Selain Salmon pilihan lain termasuk Tuna dan Sardin dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Oat


Bijirin Oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolestrol termasuk kolestrol LDL.
Serat boleh larut ini juga boleh membantu sistem penghadaman kekal sihat.

Epal


Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat malah enak dijadikan snek ringan.

Sayuran Berdaun Hijau


Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi bukan sahaja mengandungi Vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila berusia. Sayuran hijau kaya dengan mineral yang mampu melindungi jantung daripada masalah kesihatan.

Kentang


Kentang kaya dengan kalium yang boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga kaya dengan serat dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tomato



Seperti kentang, tomato mempunyai kalium yang tinggi untuk jantung yang sihat. Ia mengandungi lycopene dimana Lycopene adalah karotenoid yang boleh membantu menyingkirkan kolestrol 'jahat' dan lebih rendah risiko serangan jantung.

Delima




Baik untuk paru-paru dan jantung kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Dapat melambatkan pertumbuhan tumor pada paru-paru dan mencegah kanser.

Pisang


Pisang pun dikatakan antara yang sesuai kerana mengandungi pottasium dan dapat menjaga organ jantung. Pottasium bertindak menurunkan tekanan darah dan mencegah darah tinggi.

Beri


Strawbery, blueberry atau raspbery mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mencegah penyakit jantung dan paru-paru. Dapat menjaga sistem imun dalam tubuh badan dan memberi lebih kesihatan.

Anda juga boleh mengamalkan suplemen sebagai tambahan untuk penjagaan jantung anda. Baca VITAMIN UNTUK JANTUNG


Pertanyaan atau Tempahan
Whatsapp Yuzi | 0142177994
Shaklee ID : 1304089


Monday, 5 August 2019

Cara Untuk Menjaga Jantung

Jantung adalah organ terpenting yang menghidupkan semua sistem biologi dalam tubuh. Oleh itu, penjagaan jantung mestilah dilakukan sejak dari awal. Ini kerana serangan jantung biasanya berlaku secara mengejut dan boleh membawa kematian.


Disini ada beberapa tips cara untuk menjaga jantung anda.

1. Jadual Pemeriksaan Kesihatan


Setiap tahun buatlah pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan tekanan darah, kadar kolestrol dan glukosa anda, minta doktor anda membantu mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat.

2.Kurangkan Garam


Untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi, pengambilan garam mestilah dikurangkan. Belajar untuk membaca label makanan dimana kita mungkin disamarkan dengan label natrium algimat, natrium sulfit, natrium kaseinat, disodium fosfat, natrium benzoat, natrium hidoksida atau natrium sitrat.


3. Mengawal Berat Badan


Kegemukan sering mendatangkan pelbagai risiko seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Paras lemak yang tinggi atau kalori menyebabkan penyempitan saluran darah yang menyebabkan serangan jantung. Oleh itu, jika anda mementingkan kesihatan, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan segera bagi mengelakkan pelbagai penyakit kronik menyerang.

4. Menjaga Pemakanan



Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, sebaik-baiknya elakkan dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak seperti keju, mentega dan minyak.
Makanan yang mengandungi kolestrol seperti mentega, telur, hati dan seumpamanya perlu dikurangkan.
Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan ini sangat baik dijadikan suplemen dalam membekalkan nutrisi dan kaya dengan serat.  Baca makanan untuk Jantung

5. Berhenti Merokok




Majoriti yang mendatpat serangan jantung adalah dikalangan perokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, berhentilah dari amalan menghisap rokok.

6. Bersenam



Aktiviti bersenam dapat membantu jantung mengepam darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan baik dan lancar. Bersenam secara teratur juga membantu menurunkan kadar tekanan darah.

7. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi


Tidur adalah bahagian penting untuk menjaga kesihatan jantung anda. Sekiranya anda tidak cukup tidur, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kardiovaskular tidak kira usia anda atau tabiat kesihatan anda. Satu kajian mendapati mereka yang tidur kurang dari enam jam mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat serangan strok berbanding mereka yang mendapat tidur enam hingga lapan jam setiap malam.

8. Pengurusan Stres



Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan jantung kita. Perlu melakukan aktiviti untuk mengurangkan stres seperti beriadah bersama keluarga.


Pertanyaan
Whatsapp Yuzi | 0142177994
Shaklee ID: 1304089