Situasi panik melanda Malaysia apabila terdapat kes positif wabak corona virus dinegara ini. Belum pun reda virus influenza, wabak baru pula datang.
Apa itu Virus Corona?
Virus corona (CoV) adalah keluarga besar virus yang menyebabkan prnyakit yang lebih parah seperti Middle East Respiratory Syndrome ( MERS-CoV) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS-CoV). Sebahagian besar virus corona adalah virus yang tidak berbahaya.
Virus Corona adalah virus zoonosis maksudnya virus ini disebarkan melalui haiwan dan manusia.
Simptom Virus Corona
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom demam, batuk dan sesak nafas.
Pesakit akan mengambil masa 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut.
Adakah ubat atau vaksin untuk menangani Corona Virus?
Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, tidak ada ubat atau vaksin untuk virus baru itu.
Jadi, langkah pencegahan adalah sangat penting untuk dititikberatkan supaya kita sentiasa terhindar dari wabak ini.
Langkah Pencegahan
Langkah pencegahan yang dicadangkan Kementerian Kesihatan ( KKM) kepada orang ramai adalah;
1. Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan ( hand sanitizer).
2. Elakkan mengunjungi tempat berlakunya wabak ini. Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hiding ( mask ) serta bahan pencuci tangan.
Elakkan Dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.
Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai Dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.
3. Segera mendapatkan rawatan perubahan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala seperti demam, batuk, atau sukar bernafas dalam tempoh 14hari selepas pulang dari lawatan ke negara terlibat.
NORMAYUZI BT ISHAK
PENGEDAR SHAKLEE
ID: 1304089