Tuesday, 22 September 2020

Kulit Wajah Kering Dan Cara Rawatan

 Kulit biasanya akan menghasilkan minyak dipanggil sebum. Bila kulit menghasilkan terlalu banyak minyak, ini menyebabkan jerawat mulai tumbuh.



 Bagaimanapun, sebum pada kulit penting untuk mengekalkan kelembapan dan menjaga sel dari jangkitan.

Kulit yang tidak menghasilkan sebum yang mencukupi akan menyebabkan kulit menjadi kering.

Antara sebab-sebab kulit menjadi kering adalah:

1. Cuaca yang sejuk

2. Udara yang kering.

3. Terlalu kerap mencuci muka

4. pH kulit yang tidak seimbang

5. Merokok

6. Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari.

7. Hypothyroidism

8. Keadaan kulit seperti psoriasis, dermatitis & seborrheic.

Cara Merawat Kulit Kering.

1. Penggunaan moisturizer

Sesetengah pelembap atau produk penjagaan muka mengandungi agen pengering yang menjadikan kulit kering semakin teruk. Elakkan daripada produk yang mengandungi;

  • Alkohol
  • Pewangi atau pewarna
  • Dioxane
  • Petroleum @ petrolatum

2. Penggunaan Pencuci Muka

Sabun yang mengandungi wangian, warna dan bahan kimia lain boleh mengeringkan kulit.

Secara umum, lebih baik pilih produk yang ringan, bebas pewangi, dan elakkan produk yang mengandungi alkohol, warna dan plastik seperti SLS( Sodium Laurate Sulfate), Parabens dan Yang berasal dari minyak mineral seperti Petroleum dan Paraffin.

Cadangan Moisturizer & Pencuci Muka

Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan nutrient botani  melembapkan kulit dan menambahbaikan penampilan kulit secara menyeluruh.


Bebaskan kulit dari sel-sel kusam dan ejen pencemar. Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal untuk kulit yang berseri.

Keistimewaan Youth ini juga adalah bebas daripada 1500 bahan kimia.

Antara tips pencegahan yang boleh anda lakukan supaya kulit tidak kering ialah;
  • Menggunakan air suam dan bukannya air panas ketika mandi atau mencuci muka
  • Minum air secukupnya
  • Hadkan pengambilan kafein
  • Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari.
Itu sahaja perkongsian Yuzi. Semoga entri Yuzi bermanfaat untuk anda. Terima kasih sudi jenguk blog ini.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk Youth boleh hubungi Yuzi di
Fb: Mayuzi Ishak

No comments:

Post a Comment