Wednesday, 27 February 2019

Cara Turunkan Kolestrol Dengan Berkesan

Anda menghadapi masalah kolestrol tinggi? Tidak tahu cara yang berkesan untuk menurunkan bacaan kolestrol?

Entri kali ini, yuzi ingin berkongsi cara untuk turunkan kolestrol secara semulajadi. Sebelum itu, anda perlu tahu berkenaan dengan kolestrol. Apa itu kolestrol dan apa manfaat dan keburukannya kepada tubuh anda.

Apa itu Kolestrol?


Kolestrol
ialah bahan lembut dan berminyak yang dihasilkan oleh hati dan diperolehi dengan memakan tenusu, daging dan telur.

Hati akan kurang menghasilkan kolestrol jika anda mengamalkan pemakanan ini. Bagaimanapun, memakan sejumlah besar lemak tepu, lemak trans dan gula akan meningkatkan tahap kolestrol anda.


Kolestrol Baik (HDL)

High Density Lipoproteins (HDL) adalah kolestrol baik kerana ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolestrol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolestrol dalam pembuluh darah.


Kolestrol jahat (LDL)

Tahap kolestrol jahat iaitu Low Density Lipoproteins (LDL) yang tinggi, terutamanya apabila teroksida  dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, serangan jantung dan strok.

Ini kerana kolestrol jahat (LDL) yang teroksida lebih cenderung untuk menempel di dinding arteri anda dan membentuk plak yang menyumbat saluran darah.

Tanda - Tanda Kolestrol Tinggi

1. Kaki sering berasa kebas - Ini terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk - Peningkatan kolestrol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

3. Senak dada sebelah Kiri - Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolestrol terlampau tinggi.

4. Sering sakit kepala - Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah  ke otak berkurangan sehingga menyebabkan rasa sakit kepala.

5. Kaki Membengkak - Ini kerana  pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) - Ia hadir pada bahagian bawah mata, wajah dan leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.

7. Tanda kuning muda - Pada tengah atau hujung kelopak mata dimana ia merupakan mendapan kolestrol, ada juga yang mengalami benjolan pada siku, tumit dan lutut.

Tips Kurangkan Kolestrol

1. Hadkan makanan tinggi kolestrol

-Hadkan penggunaan kuning telur tidak lebih 2 biji seminggu.
-Hadkan  makanan yang diperbuat dari kuning telur seperti kek dan biskut krim.
-Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti hati, otak, hempedal dan limpa.
-Elakkan bahagian kepala atau telur seperti ikan(kari kepala ikan), udang dan ketam.

2. Senaman

Senaman bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal dan membantu memerangi obesiti tetapi ia juga mengurangkan LDL yang merbahaya dan meningkatkan HDL yang bermanfaat.

3.  Kurangkan berat badan

Diet mempengaruhi cara badan anda menyerap dan menghasilkan kolestrol. Pengurangan berat badan boleh mengurangkan kolestrol dengan mengurangkan pembentukan kolestrol baru dalam hati.

4.Berhenti Merokok

Merokok mencipta persekitaran dalam darah yang membawa kepada pecahan merosakkan kolestrol, menjadikan kolestrol jahat (LDL) lebih toksik dalam saluran darah, meningkatkan plak arteri dan meningkatkan keradangan.

Berhenti merokok boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan baik untuk tahap kolestrol anda.

5. Guna Lemak Tak Tepu terutama Omega 3

Lemak tak tepu boleh mengurangkan koestrol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Lemak tak tepu juga boleh mengurangkan penyakit diabetes.

Asid lemak omega 3 adalah jenis lemak tak tepu yang boleh didapati dalam makanan laut dan suplemen minyak ikan.



Antara suplemen minyak ikan terbaik adalah OMEGA GUARD SHAKLEE .

EPA & DHA yang terdapat dalam Omega Guard membantu menurunkan kolestrol LDL berlebihan dalam salur darah kita.

Ia berfungsi untuk menurunkan kolestrol kita yang dah lama ada dalam badan kita.

Antara lain kebaikan omega 3 ini ialah dapat menurunkan kadar trigliseride disamping menurunkan kolestrol jahat LDL. Ia juga dapat meningkatkan kolestrol baik HDL seterusnya menurunkan tekanan darah.

Jadi cegah ia daripada sekarang, boleh dapatkan OMEGA GUARD dengan Yuzi dengan klik di bawah👇

TESTIMONI









Pertanyaan/Rundingan:

 
Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994





Sumber:
www.healthline.com, portal Myhealth, everydayhealth.com, karangkraf.com

No comments:

Post a Comment