Sunday, 3 March 2019

Apa itu Anemia atau Kurang Darah Merah Semasa Hamil Dan Cara Atasinya

Anda sedang hamil? Ada masalah HB rendah? Jom baca entri yuzi kali ni sampai habis yer...

Penyakit Anemia atau kurang darah tidak boleh dianggap remeh oleh ibu hamil kerana ianya bahaya untuk bayi.

Apa itu Anemia?

Sebelum kita tahu apa itu anemia, mari kita kenali APA itu hemoglobin. Hemoglobin adalah protin yang terdapat dalam sel darah merah. Ia memberikan warna merah dan tugasnya adalah untuk membawa oksigen ke seluruh badan anda.


Manakala Anemia pula adalah keadaan yang terjadi apabila darah dalam badan manusia kekurangan hemoglobin dari paras yang normal. Ia juga dipanggil HB rendah dan kurang darah merah.

Semasa kehamilan, badan menghasilkan banyak darah untuk menyokong perkembangan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi atau nutrien yang secukupnya, badan anda tidak dapat menghasilkan sel darah merah.

Anemia akan membuatkan anda rasa letih dan lemah. Jika keadaan ini tidak dirawat, ia akan menimbulkan komplikasi dan risiko kelahiran bayi pra matang.

Jenis-Jenis Anemia Semasa Kehamilan

1. Anemia Kekurangan Zat Besi - Anemia jenis ini berlaku apabila badan tidak mendapat zat besi yang cukup untuk menghasilkan hemoglobin.

Darah tidak dapat membawa oksigen ke tisu yang cukup  ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah penyebab anemia paling banyak semasa kehamilan.

2. Anemia Kekurangan Folat - Folat adalah vitamin yang didapati secara semulajadi dalam makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Satu jenis Vitamin B, badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel baru termasuk sel darah merah yang sihat.

Semasa kehamilan, ibu memerlukan lebih folat. Badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah jika folat tidak mencukupi. Kekurangan folat boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran dan berat kelahiran yang rendah.

3. Kekurangan Vitamin B12 - Tubuh memerlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Apabila seseorang ibu hamil tidak mendapat cukup Vitamin B12, tubuhnya tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat. Wanita yang tidak memakan daging, ayam, telur dan produk tenusu mempunyai risiko yang lebih besar untuk membina kekurangan Vitamin B12 yang boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran seperti keabnormalan tiub saraf.

Gejala-Gejala Anemia Semasa Kehamilan

  • Kulit, bibir dan kuku pucat
  • Rasa letih dan lemah
  • Pening
  • Sesak nafas
  • Denyutan jantung cepat
Pencegahan Anemia

Untuk mencegah Anemia semasa kehamilan, pastikan anda mendapat cukup zat besi. Makan makanan yang seimbang dan tambah lebih banyak makanan yang tinggi zat besi dalam diet anda.



Sekurang-kurangnya tiga hidangan setiap hari yang kaya zat besi seperti:

  • Daging merah dan ayam
  • Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti  bayam dan brokoli
  • Bijirin
  • Kacang, lentil dan tauhu
  • Telur
Makanan yang tinggi Vitamin C boleh membantu badan menyerap zat besi. Antaranya;
  • Buahan sitrus
  • Kiwi
  • Stroberi
  • Tomato
Juga, pilih makanan yang tinggi folat untuk mencegah kekurangan folat. Ini termasuk;
  • Sayuran berdaun hijau
  • Buahan sitrus dan jus
  • Kacang kering
  • Roti dan bijirin
Antara lain anda boleh mengambil suplemen yang boleh membantu anda mendapat cukup vitamin dan zat besi yang diperlukan sepanjang kehamilan.



Nak dapatkan SET ANEMIA SHAKLEE? KLIK BAWAH👇👇

Pertanyaan/Rundingan:

 
Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994

No comments:

Post a Comment