Apa itu Migrain?
Migrain adalah sakit kepala yang teruk, berdenyut yang boleh berlaku sehingga 72jam. Kira-kira 12% mendapat migrain iaitu lebih dari satu bilion orang di seluruh dunia.
Migrain berlaku pada umur sekitar 10 hingga 45 tahun dan biasanya kerap berlaku pada wanita yang masih didatangi haid tetapi ia juga boleh berlaku kepada lelaki, kanak-kanak dan wanita selepas menopaus.
Migrain tidak sama dengan sakit kepala biasa. Migrain mempunyai gejala tanda amaran tambahan seperti;
- Rasa marah
- Tertekan
- Aura ( Gangguan Visual)
- Pening dan muntah
- Sensitif kepada cahaya
- Kesakitan berlaku pada satu sisi kepala sahaja
Migrain Biasa - 80% mengalami masalah migrain ini dan tiada aura atau tanda amaran sebelum mengalami migrain ini
Migrain Dengan Aura - Mereka yang mengalami migrain ini akan mengalami aura atau tanda sebelum datangnya migrain. Biasanya aura adalah gangguan visual (pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag atau gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik). Migrain ini lebih teruk daripada migrain biasa.
Migrain Senyap atau Acephalgic - Migrain tanpa sakit kepala tetapi dengan aura dan gangguan visual, mual dan lain-lain aspek migrain
Migrain Hemiplegik - Migrain ini seperti strok dengan kelemahan pada satu sisi badan, rasa seperti jarum mencucuk tetapi sakit kepala mungkin tidak teruk.
Migrain Retina - Berlaku apabila migrain menyebabkan kehilangan penglihatan buat sementara dalam satu mata. Boleh terjadi dalam beberapa minit atau beberapa bulan. Ia menjadi masalah perubatan yang serius dan perlu mendapatkan rawatan.
Migrain Kronik - Berlaku dalam masa lebih 15hari sebulan dan ianya berlangsung lebih daripada 72jam.
Punca Migrain?
Migrain disebabkan oleh perubahan dalam otak dan saluran darah di sekitarnya. Terdapat juga beberapa faktor pencetus kepada migrain antaranya;
Sumber: verywellhealth
- Makanan Tertentu seperti kafein
- Stres
- Perubahan hormon pada wanita
- Terlepas waktu makan
- Cuaca
- Gangguan tidur
- Bau-bauan seperti minyak wangi
- Sakit Leher
- Cahaya
- Asap rokok
Kualiti tidur yang teruk dan obesiti dikaikan dengan peningkatan berlakunya migrain. Mereka yang mengalami masalah obesiti biasanya mengalami gangguan tidur iaitu Tidur 'Apnea'
Rawatan
Cara semulajadi yang boleh diambil untuk mengurangkan sakit kepala migrain adalah dengan pengambilan Vitamin B Complex dan Ostematrix.
Bagaimana keduanya ini membantu?
B Complex
Vitamin B2(riboflavin) Vitamin B6(Pyridoxine) telah terbukti membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan sahaja mengurangkan risiko diserang migrain tapi mengurangkan penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Ostematrix
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengeluaran gizi masuk dan keluar daripada membran.
Kalsium juga sangat diperlukan untuk membantu pertahanan fungsi saraf dan otot serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
Magnesium pula membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang mana ianya salah satu punca migrain. Ia juga membantu mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan frekuensinya.
Bagi penderita migrain, anda mestilah mengetahui punca migrain menyerang. Jika ianya daripada pemakanan, maka mestila menjaga pemakanan dan juga aktiviti harian.
Pertanyaan/ Tempahan Set Migrain
Whatsapp Yuzi di 0142006726
@ klik sahajahttp://www.wasap.my/60142006726
No comments:
Post a Comment