Apa itu Ulser Mulut?
Ulser mulut adalah sesuatu yang tidak serius dan biasa berlaku disebabkan tergigit bibir, luka akibat memberus gigi, alergi dan disusuli dengan pengambilan makanan pedas dan masam.
Ia diburukkan lagi dengan tabiat kurang minum air serta bahagian dalam mulut kering menyebabkan ulser lambat sembuh.
Tips Pencegahan
1. Elak makanan yang boleh memburukkan lagi luka ulser seperti pedas, panas dan masam.
2. Boleh mencuba dengan makan aiskrim vanila
3. Tingkatkan penjagaan kebersihan mulut
4. Minum air masak dengan kuantiti yang banyak
Rawatan
1. Madu - Boleh rawat dengan menggunakan madu kerana madu bersifat antibakteria. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru. Caranya sapukan madu pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut.
2. Gel Aloe Vera - Bersifat antibakteria dan antikeradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.
Gel aloe vera turut memiliki sifat antioksidan disamping sifatnya yang sejuk yang dapat memulihkan rasa sakit dengan serta merta.
3. Garam - Kumurkan mulut dengan air garam selam 30 saat. Ulangi 2 hingga 3 kali sehari. Ianya boleh membantu mempercepatkan penyembuhan.
4. Vitamin - Dengan pengambilan Vitamin C boleh membantu proses penyembuhan dan Vitamin B12 boleh mencegah Ulser mulut.
Pertanyaan/ Pesanan
Sumber: siraplimau, vitaminsuci.com
No comments:
Post a Comment