Disini ada beberapa tips cara untuk menjaga jantung anda.
1. Jadual Pemeriksaan Kesihatan
Setiap tahun buatlah pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan tekanan darah, kadar kolestrol dan glukosa anda, minta doktor anda membantu mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat.
2.Kurangkan Garam
Untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi, pengambilan garam mestilah dikurangkan. Belajar untuk membaca label makanan dimana kita mungkin disamarkan dengan label natrium algimat, natrium sulfit, natrium kaseinat, disodium fosfat, natrium benzoat, natrium hidoksida atau natrium sitrat.
3. Mengawal Berat Badan
Kegemukan sering mendatangkan pelbagai risiko seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Paras lemak yang tinggi atau kalori menyebabkan penyempitan saluran darah yang menyebabkan serangan jantung. Oleh itu, jika anda mementingkan kesihatan, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan segera bagi mengelakkan pelbagai penyakit kronik menyerang.
4. Menjaga Pemakanan
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, sebaik-baiknya elakkan dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak seperti keju, mentega dan minyak.
Makanan yang mengandungi kolestrol seperti mentega, telur, hati dan seumpamanya perlu dikurangkan.
Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan ini sangat baik dijadikan suplemen dalam membekalkan nutrisi dan kaya dengan serat. Baca makanan untuk Jantung
5. Berhenti Merokok
Majoriti yang mendatpat serangan jantung adalah dikalangan perokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, berhentilah dari amalan menghisap rokok.
6. Bersenam
Aktiviti bersenam dapat membantu jantung mengepam darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan baik dan lancar. Bersenam secara teratur juga membantu menurunkan kadar tekanan darah.
7. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Tidur adalah bahagian penting untuk menjaga kesihatan jantung anda. Sekiranya anda tidak cukup tidur, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kardiovaskular tidak kira usia anda atau tabiat kesihatan anda. Satu kajian mendapati mereka yang tidur kurang dari enam jam mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat serangan strok berbanding mereka yang mendapat tidur enam hingga lapan jam setiap malam.
8. Pengurusan Stres
Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan jantung kita. Perlu melakukan aktiviti untuk mengurangkan stres seperti beriadah bersama keluarga.
Pertanyaan
Whatsapp Yuzi | 0142177994
Shaklee ID: 1304089
No comments:
Post a Comment