Monday, 11 March 2019

Kejang Semasa Hamil & Cara Atasinya


Kebanyakan ibu hamil mengalami kekejangan kaki pada waktu malam semasa trimester kedua dan ketiga.
Biasanya kekejangan kaki ini berlaku dalam beberapa minit.


Penyebab Kaki Kejang

Kaki kejang semasa kehamilan mungkin disebabkan oleh keletihan, rahim menekan pada saraf tertentu atau penurunan peredaran pada kaki dari tekanan bayi pada saluran darah.

Mungkin juga disebabkan oleh kekurangan kalsium atau magnesium atau dehidrasi. Tetapi ketika bangun dengan kejang yang tiba-tiba sakit pasti tidak menyenangkan tetapi kekejangan kaki tidak perlu dikhuatiri oleh ibu.

TETAPI SEKIRANYA TERUK DAN KERAP, SUSAH UNTUK BERJALAN DAN SERING MENGGANGGU TIDUR ANDA, BERJUMPA DAN DAPATKANLAH NASIHAT DARI DOKTOR.


Bolehkah Anda Mencegah Kekejangan Kaki?

YA, Pastinya anda boleh cuba. Antaranya;

  • Memakai stoking dan elak dari duduk atau berdiri terlalu lama boleh membantu mengurangkan kekejangan kaki. 
  • Apabila anda diserang kekejangan, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah keatas dan tumit pula mengarah kebawah supaya otot betis berasa lega. Seterusnya urut betis perlahan-lahan ke arah bawah bahagian kaki.

  • Pastikan postur badan anda betul contoh ketika duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh. Ketika tidur gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.


  • Ibu hamil perlu minum banyak air putih, iaitu 8-12 gelas sehari.

  • Utamakan diet seimbang. Ubah gaya pemakanan kepada makanan bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, buah-buahan dan ganti snek dengan kekacang seperti almond, badam dan pistachio.
  • Suplemen magnesium dan kalsium juga boleh membantu antaranya adalah OSTEMATRIX SHAKLEE


Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Manfaat UTAMA Ostematrix ialah memperbaiki kekejangan dan juga membantu masalah sembelit. Sangat sesuai untuk IBU HAMIL.

Boleh klik disini untuk mengetahui banyak lagi manfaat OSTEMATRIX SHAKLEE

Nak OSTEMATRIX dengan harga promosi? Klik sini


Pertanyaan 

 
Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
Sumber:
www.todaysparent.com, www.siraplimau.com

No comments:

Post a Comment