Saturday, 16 March 2019

Senggugut Teruk? Macam mana nak atasinya?

 Apa itu Senggugut?

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Terdapat 2 jenis Senggugut iaitu;

1. Senggugut Primer

Senggugut ini berlaku kepada kebanyakan remaja perempuan tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Boleh juga berlaku pada wanita yang masih subur.

2. Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Antara sebab-sebab ialah;
  • Penyakit Endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5%-15% wanita yang mempunyai haid.
  • Cyst Ovari dan Tumor
  • Fibroid (Kebengkakan pada rahim)
  • Jangkitan pada rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur ( Penyakit radang pelvis)
  • Kongenital
  • Alat pencegah kehamilan dlam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tanda atau Gejala Senggugut

Gejala utama adalah sakit. Ia berlaku di abdomen bawah semasa haid dan juga boelh dirasai oleh pinggul, punggung bawah atau peha anda. Gejala lain mungkin termasuk loya, muntah, cirit birit ringan, sakit kepala atau keletihan.

Bagi kebanyakan wanita, sakit bermula tidak lama sebelum tempoh haid mereka dan puncaknya selepas 24 jam selepas permulaan pendarahan dan berakhir selepas 2 hingga 3 hari. 

Gejala bagi senggugut sekunder biasanya bermula lebih awal dalam kitaran haid dan berlaku lebih lama.

Buat Diagnosis 

Sekiranya anda mengalami  kesakitan untuk tempoh yang lama, buatlah pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui sama ada anda mempunyai masalah senggugut sekunder.

Cara Semulajadi Hilangkan Senggugut

Antara cara yang boleh anda amalkan ialah;

1. Jaga diet dan pemakanan anda

Berhenti makan makanan dengan lemak tepu tinggi. Contoh daging lembu, kambing dan produk tenusu.
Elakkan juga pengambilan garam, karbohidrat dan makanan berkafein. Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim.
Banyakkan makan buah dan sayuran.

2. Air Teh dan air suam

Air suam dapat memberi kelegaan pada otot rahim yang kejang. Air suam juga membuang toksin dalam badan dan melancarkan peredaran darah.

Teh juga bagus untuk melegakan kesakitan. Cuba minum teh hijau atau teh pahit tanpa gula. Teh hijau tinggi dengan fenolat yang boleh menghalang kesakitan senggugut.

3. Bertuam

Dengan tuaman panas, otot-otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi lebih relaks.

4. Senaman rutin

Senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi.

5. Vitamin & Suplemen

Satu lagi cara untuk merawat senggugut adalah ambil Vitamin B1 dan Minyak Ikan. Vitamin B6 yang terdapat dalam ubi kentang, pisang, ikan dan ayam juga dikatakan mampu melegakan tekanan emosi, kembung perut dan emosi.

Kalsium dan magnesium pula dapat mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.


Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Nak OSTEMATRIX dengan harga promosi? Klik sini

Pertanyaan 

 
Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994


Sumber: www.myhealth.gov.my, medbroadcast.com, https://my.theasianparent.com

No comments:

Post a Comment