Sekiranya anda terdedah kepada migrain, pencegahan dapat membantu meningkatkan kualiti hidup anda. Jika migrain anda teruk, menyerang selama beberapa hari, atau ubat yang diambil tidak memberi kesan, langkah pencegahan mungkin penting supaya anda dapat mengurangkan kekerapan migrain menyerang.
Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Kekurangan tidur adalah punca migrain. Jika anda mengetahui migrain menyerang disebabkan oleh tidur yang tidak cukup, cuba untuk merancang supaya anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti.
Elakkan Makanan Pencetus Migrain
Sesetengah mendapat migrain selepas pengambilan coklat, produk soya, makanan yang mengandungi nitrat, Monosodium Glutamat (MSG) dan pewarna makanan. Jika anda mengalami migrain selepas memakan produk ini, pastikan anda mengelakkannya. Berhati-hati apabila tidak mengetahui bahan-bahan yang terdapat dalam makanan ini.
Elakkan Bau-Bauan Pencetus
Aroma kuat seperti produk pembersih, kosmetik, dan bahan seni boleh mencetuskan migrain. Pastikan anda mengelakkannya.
Urus Tekanan
Biasanya tekanan atau stres tidak dapat diramalkan dan mustahil untuk mengelakkannya 100%. Jika stres penyebab anda migrain, anda boleh elakkan penyebab atau pencetus migrain yang lain contohnya kurang tidur semasa mengalami stres.
Gunakan Pek Ais
Jika anda merasakan migrain menyerang, atau anda telah terdedah kepada salah satu pencetus migrain, menggunakan pek ais di bahu, leher dan kepala boleh membantu mengelakkan migrain menjadi lebih teruk.
Elakkan Cahaya Terlalu Terang
Cahaya Terang boleh mencetus migrain. Pakai cermin mata hitam atau kurangkan penggunaan lampu jika anda merasakan lampu di sekitar terlalu terang.
Elak Bunyi Bising
Memegang telefon pada telinga anda dalam masa yang lama atau memakai fon kepala boleh menjadi penyebab kepada migrain. Pasang pembesar suara di telefon untuk mengelak telefon dekat dengan telinga jika anda mempunyai panggilan yang berpanjangan.
Rawatan Alternatif
Boleh cuba alternatif dengan mengambil suplemen iaitu Vitamin B12 dan Magnesium dimana ia boleh membantu mencegah migrain dari menyerang, mengurangkan kekerapannya dan membantu supaya tidak bertambah teruk. Klik disini untuk ketahui lebih lanjut.
Pertanyaan/ Tempahan
Whatsapp Yuzi di 0142177994
@ klik
http://www.wasap.my/60142177994
No comments:
Post a Comment