Sunday, 30 December 2018

Kenalpasti Punca & Rawatan Bagi Haid tidak Teratur

Secara purata, wanita mengalami haid setiap 24 ke 38 hari. Haid biasanya berakhir 2 hingga 8 hari.
Adakah haid anda tak teratur? Jika ya, adakah ia memerlukan rawatan?


Apakah dikatakan tidak teratur?

Anda dikatakan mengalami haid tak teratur jika:
  • Masa di antara setiap haid mula berubah
  • Anda kehilangan banyak darah semasa haid daripada biasa.
  • Bilangan hari terakhir haid berbeza-beza
Penyebab

Dalam banyak kes, haid tidak teratur berkaitan dengan keadaan disebut anovulasi. Ini bermakna bahawa ovulasi tidak berlaku semasa kitaran haid, biasanya disebabkan ketidakseimbangan hormon yang teruk.

Faktor-faktor berikut boleh menjadi penyebab Haid tidak teratur.


  • Senaman atau diet yang melampau - Berolahraga terlalu banyak boleh melewatkan masa  haid dan kadang-kadang boleh menghentikannya. Berat badan, diet, gangguan makan atau penyakit boleh memberi kesan sama.

  • Tekanan/ Stres - Tekanan yang melampau atau rasa cemas dengan masalah tertentu menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan haid menjadi tidak teratur.

  • Pil - Pil perancang kehamilan menyebabkan haid menjadi terlebih masa atau kurang atau menghentikannya sama sekali.

  • Polycystic Ovary Sindrome (PCOS) - Keadaan perubatan ini menyebabkan sista kecil membentuk ovari, mengganggu ovulasi biasa. Wanita yang mempunyai PCOS biasanya mengalami haid tidak teratur. Selain menyebabkan ketidaksuburan, PCOS boleh menyebabkan diabetes dan sakit jantung.

  • Penyakit Lain - Gangguan tiroid menyebabkan haid tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit kelamin, kencing manis, fibroid, gangguan makan dan endometriosis.

  • Umur - Apabila remaja mula mengalami haid, kitaran haid mereka mungkin tidak selalu mengikut jadual yang sama setiap bulan. Ia mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk mengikut corak. Di samping itu, haid yang jarang adalah perkara biasa bagi wanita yang menghampiri menopaus.

Jika anda mengalami haid tidak teratur secara konsisten, ini mungkin petanda yang anda mengalami  PCOS, tiroid atau penyakit lain yang berkait dengan haid tidak teratur.Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan kesukaran hamil. 


Pencegahan dan Rawatan

Penting bagi anda untuk mengetahui punca bagi masalah haid tidak teratur anda. Diagnosis daripada doktor penting sebelum mengambil ubat-ubatan tertentu.

3 tips untuk anda mengawal haid secara semulajadi:

1. Sesuaikan Diet Anda

Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu mengatur haid anda. Nenas dan betik terkenal dalam merawat haid tidak teratur. Bromelain dalam nenas dan betik membantu melembutkan dan memecah lapisan rahim anda.

Pengambilan setengah sudu teh kayu manis dicampur dalam air lemon hangat dengan madu juga boleh membantu dimana kayu manis membantu mengawal tahap insulin yang seterusnya membantu mengawal ovulasi dan kitaran menstruasi yang tetap.

2. Kawal  Tekanan/Stres

Cuba kawal stres dengan melakukan riadah atau bersenam. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan anda akan merasa tenang.

3. Pengambilan Suplemen Semulajadi yang berasaskan gamma linolenic acid (GLA)




GLA dapat menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan seterusnya menggalakkan haid supaya lancar.


Kelebihan GLA Complex Shaklee

Diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi, tulen dan semulajadi dalam bentuk yang mudah diserap. Diformulasi khas dengan gabungan GLA(asid lemak omega -6), minyak biji bunga matahari dan Vitamin E untuk mengekalkan kesihatan kulit.

GLA Complex membantu keselesaan dan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan anda. Sesuai untuk wanita di setiap peringkat umur.

Pertanyaan/Rundingan berkenaan GLA Complex boleh klik di bawah👇

Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994

*sumber: www.everydayhealth.com, www.rubycup.com

Tuesday, 25 December 2018

Promosi Hebat Youth Skincare


Anda sudah buntu mencari produk yang sesuai dengan kulit wajah anda?
Dah cuba macam-macam produk tapi tapi takda hasil yang diinginkan malah bertambah buruk?
Sudah hilang keyakinan untuk berjumpa teman-teman diluar?


Jangan risau, Shaklee menawarkan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan semua jenis kulit, boleh merawat kulit yang rosak malah mencantikkan kulit wajah.




Produk Youth Skincare 

Luminous Gel Oil Cleanser
Perfecting Skin Toner
 Moisturizer
Night Cream
Serum
Radiance C+E

YOUTH memberi jaminan ianya mampu memperbaiki masalah  kulit yang selalu dialami oleh wanita iaitu:

Kedutan pada wajah.
Saiz liang pori yang besar.
Ketegangan kulit.
Tona kulit tidak sekata.
Tekstur kulit yang tidak sekata.
Hyperpigmentasi.
Keserian kulit.
Keanjalan kulit.
Jerawat
Jeragat


Kenapa anda perlu Memilih Youth Skincare?
1. 100% dari Tumbuhan

Bahan Utama:

🌱Muscadine Grape.

🌱Lotus Japonicus.
🌱Apple stem cell extract.
🌱Schisandra Chinensis Fruit extract.
🌱Vital repair+ complex


2. BEBAS daripada 1500 bahan kima yang terlarang dimana boleh merosakkan kulit wajah.

Cleanser hanya tukar selepas 5 bulan penggunaan

3. Penggunaan yang sangat jimat 



Ramai yang telah menggunakan Youth Skincare dan mendapat hasil yang diinginkan. Jom lihat video testimoni ini


 Kalau anda sayangkan kulit wajah anda, dapatkan Youth Skincare Sekarang!

Untuk penjimatan berganda dapatkan harga promosi Youth Starter Set yang berlangsung 15 Disember 2018 - 28 Februari 2019

Promosi Youth Starter Set


Dengan harga RM612 anda diberikan 
Percuma Keahlian
Percuma Penghantaran
Percuma Magnifying Mirror
5% Pulangan Tunai



Pertanyaan atau pesanan boleh klik dibawah👇

Sid Yuzi ( 1304089 )
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
@

Monday, 17 December 2018

Manfaat Kolagen Untuk Kulit, Otot & Usus





SEKILAS
  • Kolagen adalah struktur protin yang bertindak seperti blok bangunan untuk tulang, gigi, otot dan semua tisu-tisu yang berhubung.
  • Badan menghasilkan kurang kolagen apabila umur semakin meningkat
  • Pengambilan kolagen boleh meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan dan melembapkan kulit.
  • Peptida kolagen memberi manfaat lain termasuk menguatkan sendi, memperbaiki tidur dan menurunkan berat badan.

Kolagen adalah protin yang paling banyak dalam tubuh dan membantu memberi struktur kepada rambut, kulit, kuku, tulang, ligamen dan tendon didalam badan kita. Dengan kolagen kita mampu bergerak, bengkok dan meregang. Kolagen juga membantu kulit bersinar dan kuku tetap kuat.

Manfaat Kolagen

1. Meredakan Sakit Sendi

Bila semakin berusia, rawan akan menjadi lemah dan sendi akan menjadi keras dan sakit. Pengambilan kolagen boleh membantu mengurangkan sakit sendi dan mengurangkan gejala Arthritis.

2. Melambatkan Penuaan Kulit

Faedah paling terkenal adalah kolagen mampu membuat kulit lebih berseri dan bersinar. Protin penting ini memberi keanjalan pada kulit, membantu kelihatan lebih muda dan sihat.

3. Membina Otot dan Membakar Lemak

Kolagen adalah komponen utama tisu otot, tidak hairan bila ia memberi impak besar dalam membina jisim otot. Kolagen juga mengandungi sejumlah gliserin dan asid amino. Ini dapat memberikan otot dengan bahan bakar yang diperlukan melalui kuasa senaman anda.

4. Mengurangkan Selulit.

Selain menjaga kulit, kolagen mampu membantu mengurangkan selulit yang degil. Selulit terjadi apabila lapisan lemak bawah kulit menolak ke atas tisu penghubung menampilkan selulit yang kental.

5. Memperbaiki Pencernaan

Kolagen dalam tisu penghubung usus dan boleh membantu menyokong dan menguatkan lapisan pelindung saluran penghadaman anda. Ini penting kerana perubahan dalam fungsi penghalang usus anda, yang juga dikenali sebagai sindrom usus yang bocor, boleh membenarkan zarah-zarah masuk ke dalam aliran darah. Ini boleh mengakibatkan keradangan.

Sumber Semulajadi Kolagen


1. Putih Telur


Putih Telur sangat kaya dengan asid amino gliserin dan proline yang merupakan komponen utama kolagen. Dengan memakan putih telur, ia memberi asid amino yang diperlukan untuk membina kolagen.

2. Buahan Sitrus


Buahan sitrus mengandungi Vitamin C dimana badan memerlukan Vitamin C untuk menghasilkan kolagen. Sifat antioksidan Vitamin C juga menghalang enzim dan radikal bebas daripada memecah kolagen.

3. Makanan Sulfur


Sulfur adalah mineral surih yang penting untuk sintesis kolagen. Makanan seperti daging lembu, telur, ayam dan tenusu adalah sumber sulfur yang baik untuk pengeluaran kolagen. Dalam sayuran juga terdapat sumber sulfur antaranya ialah bawang putih, brokoli dan kubis.

4. Ikan

Asid lemak Omega 3 penting untuk menjaga kesihatan kulit dan salah satu makanan yang mengandungi Omega 3 dan kolagen terbanyak adalah ikan. Kandungan Omega 3 dapat mencegah kerosakan kolagen yang disebabkan radikal bebas.

Sumber Komersil Kolagen


Kebiasaannya kolagen komersil ini dihasilkan daripada 3 sumber utama iaitu ikan, lembu dan khinzir.

Kolagen ikan atau dikenali juga sebagai kolagen marin diekstrak daripada ikan laut sejuk. Kebiasaannya ikan salmon dan ikan merah.
Kolagen marin adalah 1.5kali lebih mudah untuk diserap oleh tubuh berbanding lembu dan babi.



Disebabkan Kolagen Marin mudah diserap oleh tubuh Shaklee menawarkan Kolagen terbaik dimana kandungan utama Kolagen Shaklee adalah:



  • Kolagen Dari Sisik Ikan Merah
  • Ekstrak biji Camellia Japonica
  • Ekstrak Pfaffia
  • Ekstrak kulit Kerangan Laut
  • Lactobacillus Acidophillus
  • Vitamin C
  • Vitamin B2 & B6
Kebaikan Kolagen Shaklee



1. Anti Penuaan - Mengurangkan liang pori, kedutan dan garis-garis halus.

2. Melembap - Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka.

3. Mengembalikan keanjalan - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.

4. Meningkatkan pergerakan - Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang.

5. Menyubur - Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar.

6. Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.

7. Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.


TESTIMONI


Jerawat hilang Dan kulit nampak bersih

Kulit semakin cerah Dan jerawat hilang

Sunburn hilang Dan kulit nampak cerah


Pertanyaan berkenaan Kolagen Shaklee boleh hubungi Yuzi dengan hanya klik dibawah👇
Sid Yuzi ( 1304089 )
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
@


Thursday, 6 December 2018

Timun Baik Untuk Mata? - Fakta atau Mitos?

Meletakkan Timun di atas mata untuk merawat lingkaran gelap dan mata bengkak mungkin salah satu rawatan paling terkenal. Begitu ramai yang mengamalkan rawatan ini dan ianya bukan mitos semata-mata.


Sains menyokong rawatan ini sebagai cara semulajadi dan lembut untuk kulit yang lebih baik kerana ciri unik yang terdapat pada Timun iaitu menghidrat dan anti radang.

Apa Kata Sains?

Kajian menunjukkan Jus Timun dapat mengurangkan bengkak, menyembuhkan kulit yang rosak dan merangsang aktiviti antioksida.

Kesan penyejukan Jus Timun juga membantu kulit kelihatan segar. Timun kaya dengan Vitamin C dan Asid Folik. Vitamin C boleh membangunkan kulit dan merangsang pertumbuhan sel baru.
Asid Folik pula merangsang antioksida yang membantu kulit melawan toksin alam sekitar yang boleh membuat mata kelihatan bengkak dan letih.

Oleh sebab Timun mempunyai kandungan air yang tinggi, ia juga boleh melembabkan kawasan mata apabila ia digunakan sebagai rawatan.

Macam Mana Cara Menggunakannya?

Ambil 2 keping timun segar yang telah disejukkan dan letakkan di mata selama 25 minit. Dengan kedudukan berbaring, asid semulajadi timun akan menyerap ke dalam kulit. Mata akan terasa lebih segar.

Boleh melakukan cara ini seberapa banyak yang anda suka dan seberapa banyak kali anda ingin mencubanya. Jika tidak mendapat hasil daripada ubat ini, anda mungkin boleh berjumpa doktor untuk lingakaran hitam atau bengkak bawah mata yang berlebihan. Walaupun jarang, gejala-gejala ini boleh menjadi penunjuk kepada keadaan kesihatan yang harus didiagnosis dan dirawat.

Anda juga boleh mencuba produk moden yang banyak terdapat di pasaran untuk merawat lingkaran gelap dan bengkak bawah mata, Salah satunya adalah dari Shaklee iaitu YOUTH RESTORING EYE TREATMENT.









TESTIMONI



Boleh membuat pesanan atau sebarang rundingan terbaik dengan Yuzi dengan hanya klik dibawah👇


Sid Yuzi ( 1304089 )
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
@


Monday, 3 December 2018

Kelebihan Radiance C + E



Radiance C + E adalah salah satu produk Shaklee yang terdapat dalam Set Penjagaan Kulit Youth.

Kelebihan Radiance C + E

Dos sebanyak 20% Vitamin C tulen yang berpaten dan Vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C + E

  • Mengurangkan kehadiran tompok usia 
  • Melicinkan tekstur kulit
  • Memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Kapsul berdos tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.




Nak tahu macam mana nak dapatkan Radiance C + E secara percuma? Klik bawah


Sid Yuzi ( 1304089 )
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
@

SHAKLEE
Selamat Terbukti Berkesan

Tuesday, 27 November 2018

Elakkan Serangan Asma Dengan 8 Cara

Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah asma dikalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, alergik rhinitis dan demam alah (hay fever) mempunyai risiko tinggi mendapat Asma.


Apa itu Asma?

Asma adalah penyakit radang sistem pernafasan yang kronik dimana salur pernafasan menjadi:

  • Merah
  • Bengkak
  • Menghasilkan lendir berlebihan
  • Mudah terangsang (hypersensitive)
Gejala Utama Asma:
  • Batuk diwaktu malam (waktu tidur)
  • Rasa ketat di dada
  • Sukar bernafas
Serangan yang teruk boleh menyebabkan kanak-kanak
  • Kelihatan gelisah
  • Letih lesu
  • Kulit berpeluh dan sejuk
  • Warna kebiruan pada bibir dan kuku
8 Cara Mengelakkan Serangan Asma


1. Elak habuk Hama - Hama ialah serangga kecil yang merupakan penyebab asma yang paling biasa. Mereka cenderung untuk tinggal di katil, permaidani dan perabot. Hama boleh dibunuh dengan stim pembersih tilam.


2. Hadkan hubungan dengan haiwan kesayangan - Menurut kajian 30% mereka yang menghidap asma alah kepada haiwan. Jadi, hadkan anak anda kepada haiwan jika mempunyai haiwan kesayangan.


3. Kekalkan berat badan normal - Kanak-kanak yang gemuk mengalami peningkatan risiko asma. Berat badan berlebihan menyebabkan keradangan yang merupakan faktor risiko bagi asma.


4. Kurangkan tekanan - Orang yang dibawah tekanan cenderung mempunyai kadar asma yang tinggi. Tekanan menyebabkan tindak balas badan yang melibatkan hormon seperti adrenalin dan kortisol. Ini membawa kepada pernafasan yang pendek dan cepat yang meletakkan gejala risiko asma yang tinggi seperti batuk dan dada yang ketat.


5. Elakkan asap rokok - Asap rokok adalah salah satu pencetus asma. Walaupun mereka mungkin tidak merokok, anak mudah terdedah kepada asap bekas rokok.


6. Menyusu anak anda - Infeksi paru-paru biasanya pencetus asma. Oleh kerana menyusu boleh menguatkan sistem imun kanak-kanak, ia mungkin membantu mengelakkan jangkitan paru-paru dan asma.



7. Elakkan tekanan, rokok, alkohol dan ubat semasa mengandung - Kajian menunjukkan bahawa seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Makanan dan tabiat yang tidak sihat akan meningkatkan peluang untuk mempunyai bayi yang alergi dan asma.



8. Mengamalkan Omega Guard - Asid Lemak Omega 3 iaitu Asid Decosahexanoic (DHA) & Asid Lemak Essential (EFA) bertindak mencegah serangan Asma ketika kanak-kanak dan mengurangkan serangan bagi yang menghidapinya.

Testimoni Pengamal Omega Guard


  
Lelah masa pregnant terkawal Dan berkurang

Tidak lagi menggunakan nebulizer


Cegah Asma anak anda dengan Omega Guard.Berikanlah yang terbaik untuk anak anda. Dapatkan OMEGA GUARD sekarang.

Sid Yuzi ( 1304089 )
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
@

SHAKLEE
Selamat Terbukti Berkesan

* Sumber: Portal Myhealth & website www.health24.com

Wednesday, 21 November 2018

Atasi Masalah Kulit Wajah Dengan Youth Cleanser

Kulit muka bermasalah? Tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit muka anda?



Produk Pencuci Muka Shaklee yang baru ini sangat-sangat sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia berasaskan gel. Pencuci berasaskan gel bertindak lembut ke atas kulit berbanding jenis sabun.


  • Kulit sensitif memang memerlukan pencuci yang bertindak lembut
  • Kulit berminyak perlukan pencuci yang dapat membuang minyak tetapi bukan buang terus minyak kerana kulit juga memerlukan minyak untuk kekalkan kelembapan.
  • Kulit jenis kering pula sama sekali tidak boleh menggunakan pencuci jenis sabun.
  • Kulit kombinasi pula adalah kulit kering dan kulit berminyak. Sesuai menggunakan pencuci jenis gel.


Bahan-bahan Utama:



Anggur Muscadine

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.


Vital Repair Complex


Mempunyai pelbagai patent memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Ekstrak Alga Hijau


Alga adalah sumber nutrien, mineral yang membantu mengeluarkan toksin dalam kulit dan juga sebagai antioksida. Bahan ajaib ini penuh dengan terapi yang sangat bermanfaat untuk kulit. Ia menghidrat, melembut dan menambah semula vitamin dan mineral pada kulit.


Ciri-ciri Produk YOUTH
  • 100% Vegan
  • Bahan semulajadi
  • Bebas kekejaman terhadap haiwan
  • Hipoalergenik
  • Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
  • Diuji oleh Dermatologi
  • Diuji oleh ahli Oftalmologi
TESTIMONI 


Muka tak berminyak, bersih, lembut dan licin


Sangat Jimat, boleh tahan sampai 5 bulan


Dapatkan Produk Youth dengan Yuzi untuk konsultasi terbaik.



Sid Yuzi ( 1304089 )
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
@



SHAKLEE
Selamat Terbukti Berkesan


Monday, 19 November 2018

Minyak Ikan Terbaik Untuk Anak Bijak

Anak tak fokus dalam pembelajaran? Sering mengantuk dalam kelas?



Minyak Ikan adalah alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah anak anda.


Kenapa Minyak Ikan? Ini kerana kandungan Omega 3 dalam Minyak Ikan boleh membantu perkembangan otak anak-anak.

Apa itu Omega 3?

Asid lemak penting yang megandungi EPA & DHA yang penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

Kajian menunjukkan dengan memberi 600mg Omega 3 DHA sehari kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun selama 16 minggu menyaksikan pembelajaran dan kelakuan mereka bertambah baik di sekolah.
- Kajian DHA Oxfrod Learning & Behaviour

Shaklee menawarkan Minyak Ikan yang terbaik iaitu OMEGA GUARD. Ia merupakan Minyak Ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.


Teruja untuk dapatkan OMEGA GUARD untuk anak anda?
Jom dapatkan sekarang juga .


Sid Yuzi ( 1304089 )
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
@