Saturday, 16 March 2019

Kebaikan Polifenol

Jom kita ketahui 8 kebaikan POLIFENOL












Pertanyaan 
Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994


Senggugut Teruk? Macam mana nak atasinya?

 Apa itu Senggugut?

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Terdapat 2 jenis Senggugut iaitu;

1. Senggugut Primer

Senggugut ini berlaku kepada kebanyakan remaja perempuan tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Boleh juga berlaku pada wanita yang masih subur.

2. Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Antara sebab-sebab ialah;
  • Penyakit Endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5%-15% wanita yang mempunyai haid.
  • Cyst Ovari dan Tumor
  • Fibroid (Kebengkakan pada rahim)
  • Jangkitan pada rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur ( Penyakit radang pelvis)
  • Kongenital
  • Alat pencegah kehamilan dlam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tanda atau Gejala Senggugut

Gejala utama adalah sakit. Ia berlaku di abdomen bawah semasa haid dan juga boelh dirasai oleh pinggul, punggung bawah atau peha anda. Gejala lain mungkin termasuk loya, muntah, cirit birit ringan, sakit kepala atau keletihan.

Bagi kebanyakan wanita, sakit bermula tidak lama sebelum tempoh haid mereka dan puncaknya selepas 24 jam selepas permulaan pendarahan dan berakhir selepas 2 hingga 3 hari. 

Gejala bagi senggugut sekunder biasanya bermula lebih awal dalam kitaran haid dan berlaku lebih lama.

Buat Diagnosis 

Sekiranya anda mengalami  kesakitan untuk tempoh yang lama, buatlah pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui sama ada anda mempunyai masalah senggugut sekunder.

Cara Semulajadi Hilangkan Senggugut

Antara cara yang boleh anda amalkan ialah;

1. Jaga diet dan pemakanan anda

Berhenti makan makanan dengan lemak tepu tinggi. Contoh daging lembu, kambing dan produk tenusu.
Elakkan juga pengambilan garam, karbohidrat dan makanan berkafein. Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim.
Banyakkan makan buah dan sayuran.

2. Air Teh dan air suam

Air suam dapat memberi kelegaan pada otot rahim yang kejang. Air suam juga membuang toksin dalam badan dan melancarkan peredaran darah.

Teh juga bagus untuk melegakan kesakitan. Cuba minum teh hijau atau teh pahit tanpa gula. Teh hijau tinggi dengan fenolat yang boleh menghalang kesakitan senggugut.

3. Bertuam

Dengan tuaman panas, otot-otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi lebih relaks.

4. Senaman rutin

Senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi.

5. Vitamin & Suplemen

Satu lagi cara untuk merawat senggugut adalah ambil Vitamin B1 dan Minyak Ikan. Vitamin B6 yang terdapat dalam ubi kentang, pisang, ikan dan ayam juga dikatakan mampu melegakan tekanan emosi, kembung perut dan emosi.

Kalsium dan magnesium pula dapat mengelak pengecutan keterlaluan pada dinding rahim.


Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Nak OSTEMATRIX dengan harga promosi? Klik sini

Pertanyaan 

 
Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994


Sumber: www.myhealth.gov.my, medbroadcast.com, https://my.theasianparent.com

Monday, 11 March 2019

PROMOSI MARCH 2019



Beli 5 botol Ostematrix yang berharga RM306.25, anda layak mendapat e-voucher bernilai RM30 untuk pembelian RM100 seterusnya.


Beli 4 botol GLA Complex yang berharga RM365, anda layak mendapat e- voucher bernilai RM30 untuk pembelian RM100 seterusnya.


Beli 4 botol Vita-Lea yang berharga RM375, anda layak mendapat e-voucher bernilai RM30 untuk pembelian RM100 seterusnya.

Jom pakat2 dengan keluarga, kawan-kawan, saudara mara untuk dapatkan promosi jimat berganda2 ni😁

Normayuzi binti Ishak
Pengedar Shaklee Kota Bharu
0142177994


Kejang Semasa Hamil & Cara Atasinya


Kebanyakan ibu hamil mengalami kekejangan kaki pada waktu malam semasa trimester kedua dan ketiga.
Biasanya kekejangan kaki ini berlaku dalam beberapa minit.


Penyebab Kaki Kejang

Kaki kejang semasa kehamilan mungkin disebabkan oleh keletihan, rahim menekan pada saraf tertentu atau penurunan peredaran pada kaki dari tekanan bayi pada saluran darah.

Mungkin juga disebabkan oleh kekurangan kalsium atau magnesium atau dehidrasi. Tetapi ketika bangun dengan kejang yang tiba-tiba sakit pasti tidak menyenangkan tetapi kekejangan kaki tidak perlu dikhuatiri oleh ibu.

TETAPI SEKIRANYA TERUK DAN KERAP, SUSAH UNTUK BERJALAN DAN SERING MENGGANGGU TIDUR ANDA, BERJUMPA DAN DAPATKANLAH NASIHAT DARI DOKTOR.


Bolehkah Anda Mencegah Kekejangan Kaki?

YA, Pastinya anda boleh cuba. Antaranya;

  • Memakai stoking dan elak dari duduk atau berdiri terlalu lama boleh membantu mengurangkan kekejangan kaki. 
  • Apabila anda diserang kekejangan, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah keatas dan tumit pula mengarah kebawah supaya otot betis berasa lega. Seterusnya urut betis perlahan-lahan ke arah bawah bahagian kaki.

  • Pastikan postur badan anda betul contoh ketika duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh. Ketika tidur gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.


  • Ibu hamil perlu minum banyak air putih, iaitu 8-12 gelas sehari.

  • Utamakan diet seimbang. Ubah gaya pemakanan kepada makanan bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, buah-buahan dan ganti snek dengan kekacang seperti almond, badam dan pistachio.
  • Suplemen magnesium dan kalsium juga boleh membantu antaranya adalah OSTEMATRIX SHAKLEE


Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Manfaat UTAMA Ostematrix ialah memperbaiki kekejangan dan juga membantu masalah sembelit. Sangat sesuai untuk IBU HAMIL.

Boleh klik disini untuk mengetahui banyak lagi manfaat OSTEMATRIX SHAKLEE

Nak OSTEMATRIX dengan harga promosi? Klik sini


Pertanyaan 

 
Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994
Sumber:
www.todaysparent.com, www.siraplimau.com

Banyaknya Manfaat OSTEMATRIX SHAKLEE

Antara Manfaat Ostematrix Shaklee adalah;

1. Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, kuku rapuh, ekzema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

3. Meringankan Stres - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, dan gementar, . Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Siapa perlu kan OSTEMATRIX?



Jika anda sering SEMBELIT, anda seorang IBU MENYUSU, IBU HAMIL, sering SENGGUGUT, sukar TIDUR, nak kuat kan TULANG,anda perlu dapatkan OSTEMATRIX!

Macam mana nak dapatkan? Klik bawah👇


Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994

Sunday, 3 March 2019

Apa itu Anemia atau Kurang Darah Merah Semasa Hamil Dan Cara Atasinya

Anda sedang hamil? Ada masalah HB rendah? Jom baca entri yuzi kali ni sampai habis yer...

Penyakit Anemia atau kurang darah tidak boleh dianggap remeh oleh ibu hamil kerana ianya bahaya untuk bayi.

Apa itu Anemia?

Sebelum kita tahu apa itu anemia, mari kita kenali APA itu hemoglobin. Hemoglobin adalah protin yang terdapat dalam sel darah merah. Ia memberikan warna merah dan tugasnya adalah untuk membawa oksigen ke seluruh badan anda.


Manakala Anemia pula adalah keadaan yang terjadi apabila darah dalam badan manusia kekurangan hemoglobin dari paras yang normal. Ia juga dipanggil HB rendah dan kurang darah merah.

Semasa kehamilan, badan menghasilkan banyak darah untuk menyokong perkembangan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi atau nutrien yang secukupnya, badan anda tidak dapat menghasilkan sel darah merah.

Anemia akan membuatkan anda rasa letih dan lemah. Jika keadaan ini tidak dirawat, ia akan menimbulkan komplikasi dan risiko kelahiran bayi pra matang.

Jenis-Jenis Anemia Semasa Kehamilan

1. Anemia Kekurangan Zat Besi - Anemia jenis ini berlaku apabila badan tidak mendapat zat besi yang cukup untuk menghasilkan hemoglobin.

Darah tidak dapat membawa oksigen ke tisu yang cukup  ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah penyebab anemia paling banyak semasa kehamilan.

2. Anemia Kekurangan Folat - Folat adalah vitamin yang didapati secara semulajadi dalam makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Satu jenis Vitamin B, badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel baru termasuk sel darah merah yang sihat.

Semasa kehamilan, ibu memerlukan lebih folat. Badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah jika folat tidak mencukupi. Kekurangan folat boleh menyumbang kepada beberapa jenis kecacatan kelahiran dan berat kelahiran yang rendah.

3. Kekurangan Vitamin B12 - Tubuh memerlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Apabila seseorang ibu hamil tidak mendapat cukup Vitamin B12, tubuhnya tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat. Wanita yang tidak memakan daging, ayam, telur dan produk tenusu mempunyai risiko yang lebih besar untuk membina kekurangan Vitamin B12 yang boleh menyumbang kepada kecacatan kelahiran seperti keabnormalan tiub saraf.

Gejala-Gejala Anemia Semasa Kehamilan

  • Kulit, bibir dan kuku pucat
  • Rasa letih dan lemah
  • Pening
  • Sesak nafas
  • Denyutan jantung cepat
Pencegahan Anemia

Untuk mencegah Anemia semasa kehamilan, pastikan anda mendapat cukup zat besi. Makan makanan yang seimbang dan tambah lebih banyak makanan yang tinggi zat besi dalam diet anda.



Sekurang-kurangnya tiga hidangan setiap hari yang kaya zat besi seperti:

  • Daging merah dan ayam
  • Sayuran yang berwarna hijau gelap seperti  bayam dan brokoli
  • Bijirin
  • Kacang, lentil dan tauhu
  • Telur
Makanan yang tinggi Vitamin C boleh membantu badan menyerap zat besi. Antaranya;
  • Buahan sitrus
  • Kiwi
  • Stroberi
  • Tomato
Juga, pilih makanan yang tinggi folat untuk mencegah kekurangan folat. Ini termasuk;
  • Sayuran berdaun hijau
  • Buahan sitrus dan jus
  • Kacang kering
  • Roti dan bijirin
Antara lain anda boleh mengambil suplemen yang boleh membantu anda mendapat cukup vitamin dan zat besi yang diperlukan sepanjang kehamilan.



Nak dapatkan SET ANEMIA SHAKLEE? KLIK BAWAH👇👇

Pertanyaan/Rundingan:

 
Sid Yuzi ( 1304089 ) 
WhatsApp/ Mesej: 0142177994