Tuesday, 22 September 2020

Kulit Wajah Kering Dan Cara Rawatan

 Kulit biasanya akan menghasilkan minyak dipanggil sebum. Bila kulit menghasilkan terlalu banyak minyak, ini menyebabkan jerawat mulai tumbuh.



 Bagaimanapun, sebum pada kulit penting untuk mengekalkan kelembapan dan menjaga sel dari jangkitan.

Kulit yang tidak menghasilkan sebum yang mencukupi akan menyebabkan kulit menjadi kering.

Antara sebab-sebab kulit menjadi kering adalah:

1. Cuaca yang sejuk

2. Udara yang kering.

3. Terlalu kerap mencuci muka

4. pH kulit yang tidak seimbang

5. Merokok

6. Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari.

7. Hypothyroidism

8. Keadaan kulit seperti psoriasis, dermatitis & seborrheic.

Cara Merawat Kulit Kering.

1. Penggunaan moisturizer

Sesetengah pelembap atau produk penjagaan muka mengandungi agen pengering yang menjadikan kulit kering semakin teruk. Elakkan daripada produk yang mengandungi;

  • Alkohol
  • Pewangi atau pewarna
  • Dioxane
  • Petroleum @ petrolatum

2. Penggunaan Pencuci Muka

Sabun yang mengandungi wangian, warna dan bahan kimia lain boleh mengeringkan kulit.

Secara umum, lebih baik pilih produk yang ringan, bebas pewangi, dan elakkan produk yang mengandungi alkohol, warna dan plastik seperti SLS( Sodium Laurate Sulfate), Parabens dan Yang berasal dari minyak mineral seperti Petroleum dan Paraffin.

Cadangan Moisturizer & Pencuci Muka

Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan nutrient botani  melembapkan kulit dan menambahbaikan penampilan kulit secara menyeluruh.


Bebaskan kulit dari sel-sel kusam dan ejen pencemar. Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal untuk kulit yang berseri.

Keistimewaan Youth ini juga adalah bebas daripada 1500 bahan kimia.

Antara tips pencegahan yang boleh anda lakukan supaya kulit tidak kering ialah;
  • Menggunakan air suam dan bukannya air panas ketika mandi atau mencuci muka
  • Minum air secukupnya
  • Hadkan pengambilan kafein
  • Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari.
Itu sahaja perkongsian Yuzi. Semoga entri Yuzi bermanfaat untuk anda. Terima kasih sudi jenguk blog ini.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk Youth boleh hubungi Yuzi di
Fb: Mayuzi Ishak

Thursday, 6 February 2020

Doa Dijauhkan Dari Wabak Penyakit


Bilangan kes setakat Hari ini, 6hb Feb 2020

Tahun baru 2020 dimulai dengan penularan wabak penyakit baru iaitu dipanggil Virus Corona. 



Antara simptom utama penyakit ini adalah demam, batuk dan kesukaran bernafas

Tiada ubat mahupun vaksin untuk penyakit ini tetapi setiap yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Semestinya terdapat hikmah atas tiap- tiap sesuatu kejadian.

Jadi setiap Muslim, kebergantungan kita hanyalah pada  Allah SWT. Di samping  kita berusaha mengamalkan langkah pencegahan dari wabak ini, berdoalah kepada Allah SWT supaya kita semua umat Islam terhindar dari wabak ini.

 Doa yang boleh diamalkan adalah;



        

Semoga bermanfaat untuk semua

NORMAYUZI BT ISHAK
PENGEDAR SHAKLEE
ID: 1304089

Whatsapp http://www.wasap.my/60142006726

Wednesday, 5 February 2020

Set Resdung Shaklee


Radang Sinus (Resdung)

Apa itu Sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Radang Sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
  • Radang Sinus Akut
  • Radang Sinus Kronik
Apakah Agen Penyebab Radang Sinus?

Radang Sinus disebabkan oleh:
  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat
Agen penyebab lain;
  • Alahan
  • Iritasi Kimia
  • Ketumbuhan dalam hidung (polyp)
Tanda dan Gejala Radang Sinus
  • Hidung Tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat
  • Selesema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam
Rawatan


Alfalfa


Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung. Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi, gegata(hives) dan resdung.

B Complex


Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. B6 juga bertindak sebagai anti stres. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan dibahagian muka. Juga membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C


Berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan terhadap serangan penyakit. Bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh, Vitamin C memastikan proses pemulihan metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Garlic



Garlic yang berfungsi sebagai antibiotik dan antibakteria semulajadi terbaik yang mengurangkan selesema.

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh WhatsApp Yuzi ye.

NORMAYUZI BT ISHAK
PENGEDAR SHAKLEE
ID: 1304089
Whatsapp http://www.wasap.my/60142006726

Corona Virus Dan Langkah Pencegahan

Situasi panik melanda Malaysia apabila terdapat kes positif wabak corona virus dinegara ini. Belum pun reda virus influenza, wabak baru pula datang.

Apa itu Virus Corona?


Virus corona (CoV) adalah keluarga besar virus yang menyebabkan prnyakit yang lebih parah seperti Middle East Respiratory Syndrome ( MERS-CoV) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS-CoV). Sebahagian besar virus corona adalah virus yang tidak berbahaya.

Virus Corona adalah virus zoonosis maksudnya virus ini disebarkan melalui haiwan dan manusia.

Simptom Virus Corona

Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom demam, batuk dan sesak nafas.

Pesakit akan mengambil masa 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut.

Adakah ubat atau vaksin untuk menangani Corona Virus?

Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly  Ahmad, tidak ada ubat atau vaksin untuk virus baru itu.

Jadi, langkah pencegahan adalah sangat penting untuk dititikberatkan supaya kita sentiasa terhindar dari wabak ini.

Langkah Pencegahan


Langkah pencegahan yang dicadangkan Kementerian Kesihatan ( KKM) kepada orang ramai adalah;

1. Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan ( hand sanitizer).

2. Elakkan mengunjungi tempat berlakunya wabak ini. Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hiding ( mask ) serta bahan pencuci tangan.

Elakkan Dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai Dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

3. Segera mendapatkan rawatan perubahan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala seperti demam, batuk, atau sukar bernafas dalam tempoh 14hari selepas pulang dari lawatan ke negara terlibat.

NORMAYUZI BT ISHAK
PENGEDAR SHAKLEE
ID: 1304089
Whatsapp http://www.wasap.my/60142006726