Sunday, 14 July 2019

Endometriosis| Punca, Simptom dan Rawatan

Pernahkan anda mendengar tentang Endometriosis? Adakah anda sedang mengalaminya?

 
Purata umur pesakit Endometriosis adalah 27tahun

Setiap tahun ramai wanita mengalami penyakit Endometriosis, namun malangnya rakyat Malaysia secara umumnya tidak mengetahui tentang perkara ini dan bagaimana ia berlaku.


Endometriosis adalah sakit puan yang biasa dialami oleh golongan wanita. Endometriosis adalah gangguan dimana tisu yang membentuk lapisan luar rahim anda tumbuh diluar rongga rahim anda. Lapisan rahim pula dipanggil endometrium.

Endometriosis berlaku apabila tisu endometrium tumbuh pada ovari, usus dan tisu yang melepasi pinggul. Tisu endometrial yang tumbuh diluar rahim anda dipanggil implan endometrium.

Perubahan hormon kitaran haid menjejaskan tisu endometrium yang tidak kena menyebabkan kawasan menjadi radang dan menyakitkan. Ini bermakna tisu akan tumbuh, menebal dan rosak. Dari masa ke masa, tisu yang telah rosak tidak ada tempat untuk pergi dan terperangkap didalam pelvis.

Tisu yang terperangkap dalam pelvis anda akan menyebabkan;
  • Kerengsaan
  • Pembentukan parut
  • Masalah kesuburan
  • Pelekatan dimana tisu mengikat organ pelvik anda bersama-sama
  • Kesakitan teruk semasa haid
Simptom

Gejala Endometriosis adalah berbeza-beza. Sesetengah wanita mempunyai simpton yang ringan, ada yang mengalami simptom kesakitan yang teruk.

Antara simptom tersebut;
  • Haid yang menyakitkan (senggugut)
  • Sakit di perut bawah sebelum dan selepas haid
  • Kekejangan seminggu atau dua minggu
  • Pendarahan yang banyak semasa haid
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Ketidakselesaan semasa pergerakan usus
  • Sakit belakang yang mungkin berlaku semasa kitaran haid
Punca

Semasa kitaran haid yang teratur, badan anda akan membuang lapisan rahim anda. Ini mebolehkan darah haid mengalir dari rahim anda melalui pembukaan kecil di servik dan faraj anda.

Penyebab sebenar adalah tidak pasti tetapi kajian menunjukkan terdapat beberapa sebab yang mungkin membawa kepada Endometriosis iaitu;

Masalah dengan aliran haid - 'Retrograde Menstruation' adalah penyebab Endometriosis. Darah haid yang terlalu banyak hingga menyebabkan sel endometrium yang runtuh naik ke tiub falapio dan keluar ke bahagian abdomen. Sel endometrium daripada haid inilah yang dikatakan berubah menjadi penyakit Endometriosis di dalam pelvis.

Faktor Genetik - Endometriosis mungkin diwarisi dari gen.

Masalah sistem imun - Sistem imun yang rosak mungkin gagal mencari dan memusnahkan tisu Endometrium yang tumbuh diluar rahim. Gangguan sistem imun dan kanser tertentu biasa dikalangan pesakit Endometriosis.

Hormon - Hormon Estrogen muncul untuk menggalakkan Endometriosis tetapi penyebab ini masih dalam kajian.

Faktor Risiko

Sesetengah wanita labih cenderung untuk mendapat penyakit Endometriosis berbanding wanita lain atas faktor kesihatan seperti Alergi, Genetik dan Sistem Imun yang Rendah dan faktor gaya hidup dan kelakuan seperti Obesiti, Tiada anak atau memilih untuk tidak menyusukan anak

Bolehkah Pesakit Endometriosis Hamil?

YA. Ramai wanita dengan Endometriosis hamil tapi mungkin pesakit akan mengalami kesukaran untuk hamil.

Endometriosis boleh menghalang dan mengubah bentuk pelvis dan organ pembiakan. Ini menjadikan sperma lebih sukar untuk mencari telur.

Sistem imun yang biasanya membantu mempertahankan tubuh terhadap penyakit menyerang embrio. Endometrium (lapisan rahim dimana implantasi berlaku) tidak berkembang sebagaimana sepatutnya.

Rawatan

Kerana Endometriosis menyebabkan kesakitan yang kronik dan memberi kesan terhadap kesuburan, ia mungkin menjejaskan kehidupan seorang wanita dan kekecewaan yang menghantui. Perlu mencari rawatan yang lebih efektif untuk penyakit ini.

Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada maslah yang dihidapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk;

  • Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
  • Menghalang ketumbuhan daripada membesar atau berulang dimasa depan
  • Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
  • Menjamin fungsi reproduktik untuk fungsi kehamilan seterusnya
Biasanya rawatan yang diberikan ialah;
  • Ubat non Steroidal anti inflammatory (NSAID) untuk melegakan kesakitan
  • Pembedahan untuk membunag endometriosis atau membakar luka endometriosis di luar rahim.
  • Pembedahan untuk menghilangkan parut supaya ovari dan tiub boleh kembali ke lokasi biasa didalam pelvis.
Rawatan Endometriosis dengan Vivix


  • Kandungan Resveratrol dalam Vivix sebagai antiradang, mengurangkan rasa bengkak dan sakit.
  • Resveratrol bertindak sebagai antioksida yang mampu menghalang radikal bebas, mengaktifkan atau menyahaktifkan enzim, gen hormon dan bahan kimia dalam tubuh yang berkaitan dengan ketumbuhan
  • Mampu menyekat penyerapan estrogen sekaligus membantu mencegah ketumbuhan yang disebabkan oleh hormon.
  • Merencatkan sel tidak normal dan menghalang dari pertumbuhan semula sel tidak normal
  • bertindak untuk meningkatkan tenaga kepada sel-sel badan yang telah lemah. Dengan pengambilan ubat tahan sakit yang terlalu banyak menyebabkan sel badan merosot sekaligus mengganggu sistem dalam badan.
  • Bertindak untuk mencuci atau sebagai agen detox keseluruhan badan termasuk salur darah kita.
  • Melindungi ovum yang belum atau hampir atau sudah matang daripada rosak. Apabila telur ini dilindungi dari rosak, ia akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hidup, membesar dan disenyawakan. Vivix membantu sel-sel yang rosak atau abnormal.
  • Sel pembiakan lebih sihat
  • Meningkatkan kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan meningkatkan peluang untuk disenyawakan




Pertanyaan/ Tempahan VIVIX

Boleh Whatsapp Yuzi di 0142177994 @ klik http://www.wasap.my/60142177994

Sumber:womenshealth.gov,shecares.com, portal myhealth

No comments:

Post a Comment